Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping pada Isnin mengeluarkan arahan penting mengenai rangka dan penyusunan Rancangan Pembangunan Lima Tahun (FYP) ke-15.
Beliau mahu keterlibatan aktif rakyat dalam memberikan saranan bernas dan menggesa jabatan-jabatan berkaitan untuk meneliti dan menyerap cadangan-cadangan tersebut.
Untuk rekod, sebanyak 3.113 juta cadangan dikumpulkan secara dalam talian pada 20 Mei hingga 20 Jun bagi penyusunan FYP ke-15, ia sekaligus mencerminkan amalan demokrasi rakyat sepanjang proses berlangsung.